ARKIB : 07/11/2001
BEKAS pemain bola sepak
kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun berkata, pasukan negara harus bekerja keras jika
mahu mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Katanya, tidak mustahil satu
hari nanti Malaysia juga berpeluang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia.
Chin Aun, yang juga bekas ketua
pasukan bola sepak negara pada tahun 1970 dan 80-an berkata, pada masa ini
Malaysia mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang masih muda.
Katanya, mereka memerlukan masa
untuk berada pada tahap pasukan bertaraf dunia.
``Terdapat peningkatan tahap
permainan para pemain negara tetapi mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan yang lebih baik,'' kata Chin Aun selepas merasmikan
pameran Piala Dunia kepada orang ramai di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur,
semalam.
Mengenai Piala Dunia yang
dipamerkan di Malaysia, Chin Aun berkata, beliau berbangga kerana berpeluang
untuk menjulang piala paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.
Malaysia harus berbangga kerana
telah dipilih untuk menjadi tuan rumah selama sehari kepada piala yang akan
menjadi rebutan 32 pasukan yang akan beraksi dalam 64 perlawanan pada Piala
Dunia kelak.
``Saya berharap satu hari nanti
Piala Dunia akan berada lebih lama lagi di negara ini,'' katanya.
Mengenai pusingan akhir Piala
Dunia tahun depan, Chin Aun, memilih juara bertahan Perancis sebagai pasukan
yang bakal menjulang piala itu untuk kali kedua selepas memenanginya pada 1998.
``Siapa tahu, Jepun juga
berpeluang untuk layak ke perlawanan akhir,'' katanya sambil ketawa.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bp3qOEzO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan