Jumaat, 7 April 2017

Haris ke Perlis dengan helikopter



ARKIB : 28/09/2003
PENYERANG Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor, Haris Safwan Kamal mencatat kenangan manis apabila menjadi pemain bola sepak pertama di negara ini diterbangkan menggunakan helikopter bagi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Utama, Perlis, semalam.

Pelajar tahun satu Fakulti Sains Sukan Universiti Malaya itu diterbangkan terus ke Stadium Utama sebaik selesai menduduki peperiksaan pada pukul 5.15 petang bagi perlawanan bertemu tuan rumah pada 8.45 malam tadi.

Pemain itu tiba di sana kira-kira pukul 7.15 malam.

MPPJ terpaksa menggunakan perkhidmatan helikopter selepas permohonan supaya pemain itu mendapat kelonggaran menduduki peperiksaan khas di Perlis, ditolak pihak pengurusan universiti tersebut.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi sandaran utama MPPJ untuk berganding dengan penyerang import dari Argentina, Juan Manuel Arostegui dalam perlawanan malam tadi.

Pemain berusia 20 tahun yang beraksi buat kali pertama dalam kejohanan Liga Malaysia menjaringkan lima gol dalam saingan Perdana Dua dan empat gol dalam Piala Malaysia.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4daLjPiZF
© Utusan Melayu (M) BhdS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan