ARKIB : 10/11/2003
PEMAIN tengah Perak, Yusri Che
Lah masih berteka-teki mengenai kedudukannya sama ada mahu meneruskan
khidmatnya bersama skuad Perak atau menyertai skuad negeri kelahirannya, Perlis
menjelang saingan Liga Super 2004 tahun hadapan.
Malah pemain tinggi lampai
berusia 27 tahun itu meminta supaya media menunggu sehingga kontraknya bersama
Perak tamat penghujung tahun ini iaitu pada 31 Disember untuk mengumumkan
pasukan mana yang akan diwakilinya tahun depan.
Sungguh pun begitu, pemain
kelahiran Padang Besar, Perlis itu tidak dapat menyembunyikan hasratnya untuk
menyarung jersi Singa Utara setelah empat tahun berhijrah ke rantau orang iaitu
mewakili skuad Selangor dan Perak.
``Sama ada mewakili Perak atau
Perlis tahun hadapan, keputusan itu masih 50-50 kerana belum terdapat sebarang
perjanjian dibuat walaupun ada yang mengatakan saya akan berhijrah ke negeri
asal saya,'' katanya ketika dihubungi di Kangar, semalam.
Yusri adalah antara empat pemain
tonggak skuad Seladang yang sebelum ini dikatakan cuba dipancing oleh beberapa
pasukan negeri lain pada musim depan.
Selain Yusri, Indera Putra
Mahayuddin dan K. Nantha Kumar dipancing oleh Pahang manakala penjaga gol,
Hamsani Ahmad cuba dipikat oleh Negeri Sembilan.
Sekiranya andaian itu menjadi
kenyataan, Perak yang merupakan juara Liga Perdana Satu terpaksa mengharungi laluan
yang berduri dalam Liga Super berikutan kehilangan empat tonggak utamanya.
Yusri meninggalkan skuad negeri
kelahirannya sejak awal tahun 2000 lalu untuk membantu Selangor muncul sebagai
juara Piala Malaysia pada tahun lalu selain menjadi perancang utama kejayaan
Perak menjuarai Liga Perdana Satu musim ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4df3SLBrp
© Utusan Melayu (M) BhdS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan