ARKIB : 15/09/2003
JURULATIH Bujang Senang, Jalil
Ramli menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak atasan Persatuan Bola Sepak
Sarawak (FAS) bagi menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan atau
sebaliknya dalam membimbing skuad itu pada masa akan datang.
``Terserah kepada FAS tapi kalau
masih diberi peluang saya sedia terima cabaran.
``Sudah lima musim belum ada
piala tapi saya percaya walaupun amat kecewa, apa yang berlaku harus diambil
kira kerana kita masih antara pasukan-pasukan elit,'' ujarnya kepada pemberita
selepas kekecewaan Sarawak ke separuh akhir apabila tumpas kepada Perak dengan
agregat 4-3 pada suku akhir kedua di Kuching kelmarin.
Jalil ditanya mengenai masa
depannya sebagai jurulatih Sarawak setelah pasukan itu gagal meraih sebarang
kejuaraan dalam lima musim kebelakangan ini.
Peluang terbaik ketika menentang
Perak malam semalam dengan sebahagian besar babak perlawanan meletakkan sebelah
kaki Sarawak ke separuh akhir apabila mendahului 3-0 (kemenangan agregat 3-2)
akhirnya dinafikan apabila Perak menjadikan kedudukan 3- 2.
Jalil ternyata kecewa dengan
keputusan itu tetapi tetap mengucapkan syabas kepada semua pemainnya.
Menurutnya, para pemain Bujang
Senang beraksi bermati-matian memberi tentangan paling sengit kepada Perak,
yang turun dengan kelebihan tiga gol.
Beliau seterusnya berharap Bujang
Senang akan lebih bersedia dan mantap sebagai pasukan digeruni pada musim akan
datang.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4dYj1t3b0
© Utusan Melayu (M) BhdS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan