28 Mac 2017 9:18 PM
KUALA LUMPUR 28 Mac - Pemain yang
menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak perlu lagi diberi
peluang atau diterima semula dalam pasukan itu.
KHALID ALI
Bekas pemain negara era 1970an
dan 1980an, Khalid Ali berkata, mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa
kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili
negara sebelum ini.
“Saya masih kecewa dengan tindakan
pemain yang enggan beraksi di saat negara memerlukan khidmat mereka pada Piala
AFF Suzuki 2016...mereka seolah-olah mempermainkan maruah negara,” katanya
kepada Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-layan-pemain-tolak-wakili-negara-1.463088#ixzz4cnpIAMT6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan