Selasa, 28 Mac 2017

Syed Ahmad masih dalam ICU

ARKIB : 01/03/2003
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan tahun 70-an, Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menjalani pembedahan pintasan jantung kelmarin, masih diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut anak ketiganya, Syed Abu Bakar, keadaan tekanan jantung bapanya masih tidak menentu selepas sehari menjalani pembedahan. Bagaimanapun beliau sudah sedar serta boleh makan dan minum seperti biasa.

``Cuma ayah saya masih sukar untuk bercakap dengan betul kerana tekaknya masih sakit. Doktor menasihatkan dia agar tidak terlalu banyak bercakap,'' ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cdNGfSTc

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan