ARKIB : 28/02/2003
Jurulatih Sarawak, Abdul Jalil
Rambli semakin cemas apabila anak buahnya belum mendapat sentuhan berbisa
walaupun sudah membuat beberapa perubahan dalam Liga Malaysia musim ini.
Abdul Jalil berkata, beliau
sudah melakukan rombakan kecil barisan pertahanan dan serangan tetapi
persembahan para pemain Sarawak masih longgar.
``Saya sudah mengesan kegoyahan
pertahanan dan serangannya sejak dua perlawanan lalu dan terus membuat
perubahan tetapi pihak lawan masih mampu menembusi pintu gol,'' jelas jurulatih
Sarawak ketika ditemui di Ipoh semalam.
Perak TKN nyaris mengejutkan
Sarawak dalam perlawanan kedua pusingan pertama Piala FA apabila skuad Bumi
Kenyalang itu terpaksa bertungkus lumus berkongsi jaringan.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua
pasukan mencatat keputusan seri 2-2 dan sekali gus melayakkan Sarawak ke
pusingan kedua dengan agregat 6-2.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cd5T52aG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan