RIZAL (kanan) bersyukur Kedah
layak ke final.
Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
Alor Setar: Pertahanan Kedah,
Rizal Ghazali menganggap kemenangan agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan layak ke final Piala Malaysia suatu rezeki yang dinanti-nanti.
Pertahanan kanan yang baru
menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-24 pada 1 Oktober lalu berkata, dia
amat bersyukur kerana Kedah berjaya layak hingga ke final selepas menempuh 10
perlawanan dalam Piala Malaysia yang bermula Julai lalu.
“Kami menempuh kisah suka dan
duka serta pengorbanan yang dilalui dalam cabaran getir sepanjang perjalanan
perlawanan sejak dari awal musim lagi membabitkan Liga Super, Piala FA dan
Piala Malaysia kini yang sudah sampai ke kemuncaknya.
“Kami pernah dikritik setiap
kali sasaran yang kami mahukan tidak seperti keputusan yang kami peroleh dan
kami juga dipuji melambung setiap kali mencatat keputusan cemerlang.
“Inilah bola sepak dan kami
harus menyahut cabaran kali ini dengan cekal dan tabah dalam menghadapi apa
juga cabaran yang akan kami tempoh untuk bertemu Selangor di final nanti,”
katanya.
Rizal berkata, ketika kali
pertama beraksi di pentas final Piala Malaysia bertemu Selangor tahun lalu dia
dapat berasakan semangat yang begitu memuncak, ketara dan perasaan sangat dekat
untuk pasukan Kedah mengenggam piala itu tetapi sayang hajat itu tidak
kesampaian.
“Pastinya hajat kami sebagai
pemain Kedah kali ini mahukan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kedah selepas
kali terakhir berjaya menjuarainya pada 2008.”
Pemain berasal dari Baling itu
mula menyertai Kedah pada 2014 selepas beraksi dengan Perlis (2011 hingga 2013)
dan mula menyarung jersi Harimau Malaysia tahun ini.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 9:27 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan