ARKIB : 02/01/2000
Idris masih di bawah kontrak
Johor
JUARA Perdana Satu, Pahang
tidak pernah menulis kepada Johor untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa
Idris Karim.
''Secara terus-terang, saya
tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Saya cuma tahu menerusi laporan akhbar
bahawa Idris akan mewakili Pahang bagi musim depan dan ia mengejutkan,'' kata
Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Datuk Mohd. Ali Hashim.
Beliau berkata Idris masih di
bawah kontrak Persatuan Bola Sepak Johor sehingga akhir tahun 2000.
''Saya terkejut kerana Pahang
tidak pernah menulis kepada kami secara rasmi mengenai pemain berkenaan.''
''Pahang bebas menyuarakan apa
sahaja. Tetapi bagi Johor, tidak benar bahawa Idris akan bermain untuk Pahang.
Bagaimanapun, kami akan menemui pemain berkenaan untuk mengetahui butiran
lanjut mengenai laporan media itu,'' kata beliau.
Pengurus pasukan Pahang, Datuk
Jamal Nasir dilaporkan dalam beberapa akhbar sebagai berkata pasukannya telah
mendapat khidmat Idris.
Beliau berkata Idris akan
menandatangani kontrak sekembalinya dari Dubai kerana pasukan kebangsaan kini
dalam lawatan ke Amiriah Arab Bersatu.
Sementara itu, pengurus pasukan
Johor Ahamad Mohamad berkata suntikan baru ke dalam skuad Johor kemungkinan
akan dipilih dari Liga Johor dan tidak mencari pemain di luar negeri. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4F8PSo56E
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan