ARKIB : 12/05/2007
KUALA TERENGGANU Penjaga gol
pasukan bola sepak Penyu, Mohd. Syamsuri Mustafa digantung tiga bulan oleh
Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) ekoran masalah disiplin.
Pengurus PBSNT, Datuk Che Mat
Jusoh berkata, keputusan menggantung aksi penjaga gol terbabit dibuat pada
mesyuarat Sabtu lalu dan penggantungannya pula berkuat kuasa, 1 Mei lalu
selepas PBSNT meneliti surat penjelasan daripada Mohd. Syamsuri.
Keputusan ini dibuat mengikut
perjanjian yang terkandung dalam kontrak pemain.
Buat masa ini kita rehatkan
dia dahulu dan selepas tamat tempoh itu, Mohd. Syamsuri akan dibenarkan untuk
beraksi kembali, katanya ketika dihubungi, semalam.
Che Mat menambah, gaji pemain
berusia 26 tahun itu juga akan dipotong 50 peratus setiap bulan sepanjang
tempoh penggantungannya.
Mengulas dakwaan penjaga gol
tersebut terlibat dalam menjual permainan pula, Che Mat berkata, tiada bukti
menunjukkan Mohd. Syamsuri terlibat dalam perbuatan tersebut
Buat masa ini, tidak timbul
soal menjual permainan, cuma dia direhatkan kerana masalah disiplin sahaja,
ulasnya.
Sementara itu, Che Mat
menambah, hukuman ke atas seorang lagi pemain yang turut direhatkan, Norfazly
Alias masih belum ditentukan oleh PBSNT kerana pihaknya masih menunggu penjelasan
daripada pemain terbabit.
Dia (Norfazly) diberi tempoh
14 hari untuk memberi penjelasan kepada PBSNT mengenai prestasinya yang merosot
dalam beberapa perlawanan sebelum ini, jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4u3gGboTA
© Utusan Melayu (M) Bhd