Rabu, 7 Disember 2016

Ali Bakar cedera kemalangan

ARKIB : 20/08/1999
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Ali Bakar mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya awal pagi semalam.

Ali, 51, penolong jurulatih skuad Liga Perdana Melaka, cedera di bahagian muka dan mata sebelah kiri apabila keretanya terlanggar tembok di Jalan Bendahara, di Melaka, kira-kira pukul dua pagi.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) Hahi Salleh berkata Ali kini dimasukkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Mata sebelah kirinya dibedah pada sebelah petang kerana terkena serpihan kaca, kata Hahi ketika dihubungi selepas melawat Ali.

Menurut beliau, ketika kejadian Ali dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Keroh setelah menghadiri majlis meraikan pemain oleh Timbalan Presiden MAFA yang baru dilantik, Datuk Chua Peng Song di Ujung Pasir.

Beberapa ahli jawatankuasa MAFA termasuk Chua dan bekas ketua pasukan kebangsaan Soh Chin Aun turut melawat Ali. - Bernama.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4S8fsC7X8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan