Memaparkan catatan dengan label ABDULJALIL RAMBLI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABDULJALIL RAMBLI. Papar semua catatan

Jumaat, 7 April 2017

Jalil serah kepada FAS



ARKIB : 15/09/2003

JURULATIH Bujang Senang, Jalil Ramli menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak atasan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan atau sebaliknya dalam membimbing skuad itu pada masa akan datang.

``Terserah kepada FAS tapi kalau masih diberi peluang saya sedia terima cabaran.

``Sudah lima musim belum ada piala tapi saya percaya walaupun amat kecewa, apa yang berlaku harus diambil kira kerana kita masih antara pasukan-pasukan elit,'' ujarnya kepada pemberita selepas kekecewaan Sarawak ke separuh akhir apabila tumpas kepada Perak dengan agregat 4-3 pada suku akhir kedua di Kuching kelmarin.

Jalil ditanya mengenai masa depannya sebagai jurulatih Sarawak setelah pasukan itu gagal meraih sebarang kejuaraan dalam lima musim kebelakangan ini.

Peluang terbaik ketika menentang Perak malam semalam dengan sebahagian besar babak perlawanan meletakkan sebelah kaki Sarawak ke separuh akhir apabila mendahului 3-0 (kemenangan agregat 3-2) akhirnya dinafikan apabila Perak menjadikan kedudukan 3- 2.

Jalil ternyata kecewa dengan keputusan itu tetapi tetap mengucapkan syabas kepada semua pemainnya.

Menurutnya, para pemain Bujang Senang beraksi bermati-matian memberi tentangan paling sengit kepada Perak, yang turun dengan kelebihan tiga gol.

Beliau seterusnya berharap Bujang Senang akan lebih bersedia dan mantap sebagai pasukan digeruni pada musim akan datang.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4dYj1t3b0
© Utusan Melayu (M) BhdS

Selasa, 28 Mac 2017

Jalil cemas

ARKIB : 28/02/2003
Jurulatih Sarawak, Abdul Jalil Rambli semakin cemas apabila anak buahnya belum mendapat sentuhan berbisa walaupun sudah membuat beberapa perubahan dalam Liga Malaysia musim ini.

Abdul Jalil berkata, beliau sudah melakukan rombakan kecil barisan pertahanan dan serangan tetapi persembahan para pemain Sarawak masih longgar.

``Saya sudah mengesan kegoyahan pertahanan dan serangannya sejak dua perlawanan lalu dan terus membuat perubahan tetapi pihak lawan masih mampu menembusi pintu gol,'' jelas jurulatih Sarawak ketika ditemui di Ipoh semalam.

Perak TKN nyaris mengejutkan Sarawak dalam perlawanan kedua pusingan pertama Piala FA apabila skuad Bumi Kenyalang itu terpaksa bertungkus lumus berkongsi jaringan.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 dan sekali gus melayakkan Sarawak ke pusingan kedua dengan agregat 6-2.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cd5T52aG

© Utusan Melayu (M) Bhd